Khamis, 17 Disember 2009

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
( Aku adalah dari golongan org2 berdarah "o"...so mulai dari sekarang aku akan amnil kira pemakanan aku.....patut lah susah sgt  nak turun...rupanya aku tak tahu darah "o" kena byk mkn mcm kat bwh ni...ehe)

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian


Menu diet yang dianjurkan

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.



info : yayasan dakwah islamiah

UPDATE BERAT BADA DAN BENTUK BADAN TERKINI 99HTN

UPDATE BERAT BADAN DAN BENTUK BADAN TERKINI 99HTN

 Masa ni pada 1.11.09
Berat pada masa ni 61.4kg




Ni adalah yang terkini 17.12.2009
Berat terkini 59.8kg

Tak banyak perubahan berat.....ada lagi 2 bulan....utk capai target

RESULT 3DDP


Setelah 3 hari berdetox...ini lah keputusannya.....walaupun hanya 800g je yang turun....aku sangat berbangga dengan diri sendiri bcoz at least berat aku ada jugak turun......yang paling best sekali adalah berat aku yang b4 ni  6++ angka depannya....now dah betukar kepada 5++....sangat gembira dengan perubahan nombor ini.....

Aku harap aku dapat berdisplin dalam dgn lebih bagus lagi untuk capai target berat aku iaitu 55kg.......

Aku ada berjanji dengan diri aku sendiri...jika aku dapat tukarkan angka "6" dari berat aku kepada angka "5 "...aku akan beri hadiah kepada diri aku sendiri......so hari ini nombor itu telah bertukar......aku kena kotakan janji aku....
Petang tadi aku g mid valley beli hadiah utk diri sendiri....
Hadiahnya adalahhhhhhhhhhhhhh..............

Tadaaaaaaaaaaa.....BLACK GUESS BAG sebagai hadiah untuk diri sendiri

Rabu, 16 Disember 2009

3DDP - last day = 16.12.09

3DDP - LAST DAY

Macam biasa bagun tido je minum lemon juice + air masak
B'FAST

Emping jagung + susu ANLENE


Sambil nak menunggu waktu lunch...aku ngap sebiji epal hijau...ngappp epal ni dalam kereta masa tgh nak g keje jam 11 pagi (epal bwk dari rumah)

LUNCH

Sup kepala ikan merah + vg (beli)


Sambil drive kereta nak balik dari kerja l/kurang 5.00ptg...aku makan NENAS (beli)
DINNER

Aku makan salad kepak ayam bakar (buat sendiri) kepak ayam bakar beli kat pasar malam


X-CISE
Ari ni aku berjalan lagi tanpa henti di pasar malam kat area rumah aku....bepeluh sakan sbb bwk barang yng di beli berat...
(Nak g jogging urat keting kaki aku sakit entah kenapa pun aku tak tahu...aku jalan pun terhincut2....aku gagahkan jugak g pasar malam)


SELINGAN MATA

Ini lah dia urat KETING KAKI aku yang sakit tu....merah n bengkak tuuuu....x tahu apa puncanya dia boleh sakit...nak kata aku terseliuh x pulak...tetiba bangun dari tido nak jalan sakit.....aku pun x tahu nak buat apa...aku x layan sangat sakit ni....aku buat tak tahu n jalan je walaupun terhincut2....




Selasa, 15 Disember 2009

3DDP - 2nd day = 15.12.09

3DDP - 2nd  day    
BAGUN  DARI TIDO

Bangun je dari tido aku terus p dapur buat lemon juice...nah...minum segelas...
15 minit kemudian aku minum air masak 2 gelas.......

B'FAST

Aku makan 2 scoop quaker oat campur ngan air panas tanpa gula


2 jam selepas b'fast aku makan sebiji apel hijau + sambil tu aku minum air masak dgn byk..(lebih 2 gelas) utk tunggu lunch time....

 
LUNCH
ARI NI LUNCH AKU MAKAN vg SALAD (Nama salad aku tak tahu , aku main hentam je)

Ini adalah salad yang sedang disediakan, bahan2nya adalah daun salad hijau dan unggu + epal hijau di hiris panjang + tomato dipotong ikut suka hati.

Ini adalah sos yang akan digaulkan dalam salad yang nak dimakan...
bahan2 dia adalah : sedikit xtra virgin olive oil + 1/2 sudu madu asli (jgn guna madu tiruan sbb kandungan gula dia byk) + chilli flake + sedikit perahan lemon + secubit garam organik + secubit lada hitam yg telah dikisar.
Lepas bahan ni disediakan, masukkan dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.

Sos salad yg dah siap dan salad daun2 salad yg telah dipotong dimasukkan kedalam bowl kaca dan gaul dia hingga rasa2 dah sebati antara sos salad dan daun salad.

Ini dia SALAD untuk LUNCH aku pada hari ini dan sedia untuk di NGAPPPP...ehe 

 
2 jam kemudian 1 biji  lagi epal hijau aku makan

X-CISE XTVT


Ari ni seawal jam 3ptg aku dah kena standby kat dewan tpt keje aku sebab aku dan 30 yg lain kena training tarian peperangan ..... b4 mulakan latihan aku sempat jugak p gym, jogging atas treadmill 30 minit...peluh sakan.(gambar kat atas tu adalah antara aktiviti latihan petang tadi...utk makluman gambar aku tak da...aku yang tkang curi2 ambik gamba..ehe)

DINNER


Tadaaaaaaaa......inilah menu dinner aku hari ni...VG SALAD + TABURAN DAGING IKAN SELAR BAKAR...sdap jugak.....

 
p/s: Setakat ini aku dah minum 2l air kosong (belummasuk nak tido punya air)
 

Isnin, 14 Disember 2009

3DDP - 1st day = 14.12.09





     
 B'FAST

B'FAST : makan sebiji aple hijau  
LUNCH


LUNCH: aku makan salad buatan sendiri...nama dia aku tak tahu...(salad yg dah siap aku x ambik gambo...bateri hp kong masa tu)

In between- dinner
akumakan aple hijau + minum air masak byk2


X-CISE aktiviti 

JALAN TANPA HENTI L/KURANG 1 JAM NGAN JIRAN KAT UMAH AKU DI MID VALLEY KL. SAMBIL JALAN TU KAMI WINDOW SHOPPING (BEPELUH JUGAK TUU WALAUPUN DALAM AIR-COND)


DINNER

 YANG AKU PEGANG TU ADALAH MAKANAN DINNER AKU ARI NI....PINGGAN YG ADA AYAM SEKETUL TU KAWAN AKU PUNYA...ehe

DINNER: ari ni aku g KENNY ROGERS MID VALLEY ,MAKAN SALAD N BUAH...MACARONI TU AKU TAK sentuh SBB TGH DETOX....TERLIUR JUGAK TGK MACARONI TU...

P/s: Ari ni aku minum air kosong 2 liter je..

Ahad, 13 Disember 2009

HARI YANG KE-43 99HTN *13.12.09*

No : 51

B'FAST
AIR MASAK N 1 KEPING WHOLEMEAL BREAD

LUNCH


MEE HOON SOTO KAKI AYAM DAN 1 KEPING APAM BAKAR
DINNER
HANYA MAKAN 4 KEPING OAT KRUNCH SAHAJA.

SELINGAN MATA
HARI NI BAWAK MAK N PAK M2A G ZOO NEGARA


Dari kiri: fizie (adik ipar), aku,laki aku, pak m2a, mak m2a.
DEPAN: anak aku FARRIS


aku, anak aku FARRIS n lakiaku YUSRIZAL

PAK N MAK M2A AKU DAH LETIH MASA NI

Anak aku masa ni x nak turun dari buaian, dia nak bawak balik buaian ni ke umah...uwaaaaaaaa