Isnin, 9 November 2009

CABARAN 99 HARI TANPA NASI (hari ke-9) 9 NOVEMBER 2009 - ISNIN

No : 51

Hari ini pepagi lagi aku dah kena pegi maktab Pegawai Kanan Polis kat Cheras....ada syarahan berkenaan cara merakam percakapan saksi kana-kanak yang masih mentah...acara bermula pada jam 9.00pagi-12 tgh hari. Aku datang punya lah awal...jam 7.00 pagi aku dah sampai di maktab...maklumlah aku takut jalan jem..rupanya jalan clear....biasalah bangun tidur aku minum air kosong then lepas mandi  terus breakfast
 
BREAKFAST
macam biasa
500ml air kosong
200ml cool water + 2 sudu F1 + 1 sudu F3.
Tea mix

Sambil dengar ceramah...aku makan biskut IKO 2 keping...so perut tak masuk angin....

LUNCH
LUNCH hari ni aku tak balik umah untuk masak...makan tengah hari disediakan...so apa jadipun aku kena ambil lunch..inilah dia makanan yg masuk dalam perut aku hari ini...

2 Ketul ayam, 1 Potong tembikai, dan Ulam daun Selom 

Sebelum balik dari maktab cheras...aku ada gak bergambar dengan beberapa anggota yang turut serta dalam ceramah tadi...tu pun ramai yg dah balik...yg tinggal begambar adalah yg saki baki je...kira boleh lah.... 
 


5.30 ptg
Aku tak tahu nak buat apa...hujan lebat di kawasan pantai dalam kl. aku plan nak g jogging tapi ujan...pikir punya pikir...6.00ptg aku tgk hujan dah renyai2...aku pun bersiap dgn pakaian sukan...lari pergi GYM d Pusat Komuniti Pantai Dalam...sekali masuk RM5....aku bayar dan terus berlari atas treadmill selama 45minit pastu 15 minit lagi aku buat simple w/kout n coolingdown....7.10pm balik rumah.

DINNER
macam biasa
200ml cool water + 2 sudu F1 + 1 sudu F3.
Tea mix
 

3 ulasan: